BAB I
A. Definasi Jihad
Dari sudut bahasa, jihad adalah perkataan Arab yang berertinya kegigihan ataupun kesungguhan. Kata asalnya ialah jahada iaitu mengembelingkan segala tenaga dan keupayaan yang ada dengan gigih. Berdasarkan kepada makna literal kalimah jihad ini bolehlah dikatakan setiap kesungguhan untuk mencapai sesuatu objektif itu dikira sebagai jihad. Ibn Naqib al-Misri mengatakan perkataan jihad berasal daripada mujahadah yang bermakna muqatalah atau peperangan untuk menegakkan agama.
Manakala dari segi syarak pula al-Bahuti mendefinasikan Jihad sebagai berperang dengan orang kafir atau memerangi orang kafir yang tidak membuat perjanjian damai dengan orang Islam bagi meninggikan kalimah Allah. Walaubagaimana pun para ilmuan Islam secara keseluruhannya menyatakan bahwa berperang itu tidak semestinya dalam bentuk fizikal atau pun ketenteraan, malah ianya juga boleh dilancarkan dalam segala macam bentuk dan medium yang baik yang di bolehkan oleh undang-undang Islam.
B. Konsep Jihad di Dalam Islam
Di dalam Islam, jihad itu adalah bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan shariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela diatas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ianya dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa. Pengembelingan usaha samada dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk mengujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad. Sekiranya ketiga-tiga perkara diatas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga disebut sebagai Jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usha tersebut dikenali sebagai Mujahid.
Tuntutan berjihad secara umumnya adalah fardu kifayah iaitu kewajipan yang tidak memerlukan setiap orang Islam melaksanakannya, cukuplah apabila ianya telah dilaksanakan oleh sebahagian daripada mereka. Tetapi sekiranya tiada yang melaksanakan kewajipan itu maka keseluruhan masyarakat Islam itu dikira telah berdosa. Ini berdasarkan firman Allah dalam ayat 122 surah al-Taubah yang bermaksud “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (kemedan perang).”
Namun begitu dalam keadaan tertentu, tuntutan berjihad itu adakalanya boleh bertukar menjadi fardu ain iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya timbul sesuatu perkara yang hukumnya adalah wajib tetapi masih terhalang pelaksanaanya kerana disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dengan sebab ketiadaan pelaksanaan hukum tersebut, telah dipastikan ianya akan memudaratkan masyarakat Islam serta menjadikan mereka dalam keadaan berdosa besar, maka ketika itu tuntutan berjihad telah menjadi seruan yang mesti dipenuhi oleh setiap individu Muslim yang berada di dalam persekitaran tersebut. Tuntutan berjihad bukanlah ertinya ia meminta setiap individu Muslim itu melakukan perkerjaan yang sama semata-mata untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Untuk meningkatkan ekonomi umpamanya, tidaklah perlu semua orang Islam itu membuka kedai dan berniaga serta menceburkan diri dalam dunia korporat. Mengajar dan mendidik masyarakat di institusi pengajian rendah mahupun tinggi dengan harapan ianya akan melahirkan seorang ushawan yang baik juga dikira telah menunaikan tuntutan jihad tersebut dan begitulah seterusnya.
Dengan kata lain, kesedaran dan kefahaman tentang tuntutan untuk berjihad yang disusuli dengan pengembelingan usaha yang berterusan untuk merealisasikan tuntutan Islam adalah amat penting agar setiap usaha yang bakal di lakukan adalah berasaskan kepada perancangan dan strategi yang terbaik. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (kemedan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka itu beberapa orang untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang agama agar mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga diri mereka”.
Islam juga dengan jelas meletakkan prinsip bahawa berjihad itu adalah untuk hidup dan bukannya untuk mencari maut sekalipun dalam berjihad itu adakala atau selalunya berlaku kematian dan terkorbannya harta benda dan juga anak pinak. Orang-orang Islam yang mati dalam berjihad disebut al-Syahid. Firman Allah SWT ayat 169-171 dalam surah al-Imran yang bermaksud “ Janganlah kamu menyangka orang-orang terbunuh ketika berperang di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi tuhan mereka dan masih di berikan rezeki. Mereka bergembira dengan apa yang diberikan oleh Allah di atas semua pemberian. Mereka juga di berikan khabar gembira dengan nikmat dari Allah dan segala kelebihan. Bahawasanya Allah tiada akan mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.”
Islam juga menetapkan bahawa jihad itu hendaklah dilaksanakan kerana Allah serta untuk mendapatkan keredaanNya semata-mata sebagaimana dalam perkara-perkara ibadah yang lain. Memperjuangkan bangsa semata-mata kerana bangsa umpamanya adalah tidak dibenarkan oleh Islam dan ianya tidak di kira sebagai jihad sekalipun ramai yang menyertainya dan mereka yang mati atau terkorban tidak akan di anggap sebagai al-Syahid.
Islam juga mengecualikan mereka yang tidak berupaya daripada menyahut seruan jihad ketenteraan sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat 19 surah al-Taubah yang bermaksud “ Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad atau menyertai peperangan) atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahkan.” Kanak-kanak juga dikecualikan sebagai Rasullullah pernah menghalang Ibnu Umar untuk pergi berperang di Medan Uhud kerana ketika itu Ibnu Umar masih belum dewasa. Mereka-mereka yang mempunyai ibubapa yang uzur dan perlukan perhatian yang rapi juga tidak diwajibkan untuk keluar ke
C. Kategori Jihad
Disebabkan istilah jihad ini sering disama ertikan dengan operasi ketenteraan maka adalah lebih mudah sekiranya jihad itu dibahagikan kepada dua kategori. Yang pertamanya ialah usaha dan operasi ketenteraan dan keduanya ialah usha dan operasi pembangunan kemanusiaan samada dari aspek rohani mahupun lahiriyyah. Kedua-dua bentuk operasi ini adalah jihad sekiranya ia dibuat semata-mata kerana untuk menegakkan kebenaran, keadilan sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.
Namun ada juga yang membahagikan jihad ini kepada beberapa bahagian lain. Said Hawwa umpamanya mengkategorikan jihad kepada
Manakala Naim Yassin pula membahaskan jihad berdasarkan kepada beberapa klasifikasi iaitu jihad menentang hawa nafsu, jihad menentang syaitan, jihad menentang orang-orang kafir, jihad memerangi orang-orang munafik, jihad menentang orang-orang zalim dan fasik yang juga menurut beliau disebut sebagai al-amru bil ma’ruf wa nahyu anil mungkar iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Daripada apa yang disebut diatas boleh disimpulkan bahawa kategori jihad itu boleh juga diklasifikasikan mengikut maqasid al-Syariah iaitu matalamt perundangan Islam yang menitikberatkan
D. Kepentingan Jihad
Kepentingan jihad adalah begitu ketara sekali kepada kehidupan masyarakat Islam setelah kita memahami konsep jihad dan tuntutan Islam sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, Islam mengkehendaki setiap usaha yang di lakukan oleh umatnya untuk berjihad mestilah berlandaskan kepada proriti dan strategi serta kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi di ketika ini dimana umat islam telah kembali ke dalam keadaan dagang dan terpencil dibumi sendiri. Sekiranya imperialis barat dan sekutunya telah berusha berkurun-kurun lamanya untuk menakluki tamadun Islam, maka begitu jugalah sepatutnya umat Islam hari ini tidak harus jemu meneruskan usaha untuk melepaskan diri mereka dari cengkaman penjajahan baru yang datang dalam pelbagai wajah, nama dan bentuk sekalipun ianya juga akan menelan masa yang berkurun lamanya.
Hamdi Irfan dalam bukunya “ Jihad” telah membangkitkan suatu persoalan apakah prioriti yang perlu diambil oleh kaum muslimin pada hari ini yang pada realitinya amat lemah dari semua segi. Bagi beliau, penyusunan semula terhadap persepsi jihad adalah amat diperlukan supaya keinginan masyarakat islam untuk syahid didalam peperangan ditukarkan kepada keinginan untuk syahid semasa menegakkan kekuatan ekonomi dan perpaduan umat Islam yang di lihatnya sebagai inspirasi dan asas untuk pengukuhan semula tamadun Islam di era globalisasi ini. Dengan itu akan membolehkan umat Islam lebih berupaya untuk mempertahankan diri mereka dari ditakluki oleh neo-imperialis barat yang semakin mengancam dunia Islam. Oleh itu sebarang kefahaman yang ekstrim terhadap istilah jihad perlu ditangani dengan sebaik yang mungkin agar ianya tidak mengugat kestabilan dalaman umat Islam.
Strategi dan penyusunan masyarakat untuk berjihad dan mengembalikan kegemilangan tamadun Islam mestilah menyusuri Sunnah Rasullullah. Suasana ketika kebangkitan Baginda untuk memimpin suatu masyarakat yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan politik serta tidak mempunyai apa-apa kekuatan kecuali perbalahan dan perpecahan sesama sendiri, tidak banyak bezanya dengan keadaan realiti umat Islam hari ini. Mereka dulunya juga tidak menguasai kepakaran “mass production” atau “revolusi industri sebagaimana orang-orang Islam masa kini. Oleh itu untuk membangun kembali, tidak salah sekiranya strategi yang sama diguna pakai dan di adunkan semula untuk menghasilkan strategi yang lebih fleksible dengan suasana semasa. Keimanan, kecintaan dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Allah, Rasulullah dan pemimpim yang beriman adalah strategi asas untuk berjaya. Manakala strategi teknikal yang lain, ianya adalah terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin semasa untuk menentukannya. Kombinasi dua strategi yang tersebut diatas, adalah faktor utama kejayaan umat Islam dalam berjihad. Sekiranya dalam sains dan teknoloji, sejarah telah membuktikan umat Islam telah terlebih dahulu maju mengatasi umat lain. Dalam ekonomi, sejarah juga telah membuktikan bahawa negara dan orang-orang Islam suatu ketika dulu kaya dan mewah sehingga tiada yang layak untuk menerima zakat kerana peningkatan per kapita ekonomi negara yang tinggi dan konsisten. Begitulah juga dalam perkara lain, jihad adalah asas kepada ketinggian tamadun Islam. Dengan itu jelaslah kalau dulu Islam boleh memimpin suatu masyarakat kolot yang tenggelam didalam alam kejahilannya untuk menjadi peneraju tamadun Islam yang canggih maka begitu jugalah dimasa kini, umat Islam mampu kembali menjadi sebuah tamadun yang maju, berdaya saing dan disegani oleh dunia apabila konsep jihad yang pelopori oleh Rasulullah diaplikasikan kembali.
BAB II
PENUTUP
Kesimpulannya, untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam agar ianya berdiri gagah dan sama tinggi dengan tamadun sains dan teknologi di era globalisasi ini, kefahaman yang tepat mengenai jihad hendaklah ditanam dalam jiwa setiap umat Islam yang kini semakin lesu dibuai kenangan manis peninggalan silam dan khayalan dunia modern. Sebaliknya mereka mestilah bangun sebagaimana umat Islam dulunya berani bangun berjuang dan berjihad dengan cara yang penuh strategi dan terancang tanpa menghiraukan celaan dan cercaan musuh. Firman Allah dalam Surah al-Saff ayat 10-11 “Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelematkan kamu dari azab yang pedih. Berimanlah kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu dan yang demekian itu lebih baik jika kamu mengetahui.”
0 Komentar